Jun 27, 2010

Tentang Semester Lalu (I)

assalamualaikum...

HEY!
sedar tak sedar, tinggal seminggu sahaja cuti semester. dan saya dah nak masuk ke semester3. hohoho... dah setahun rupenye saya hidup dengan bahagianya di UiTM Johor. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah bertakung di hati saya, cewaaaah~

untuk semester kedua yang lalu, saya akui banyak benda baru yang telah saya belajar. tentang akademik mahupun kehidupan bersosial. ada tabiat baru dan ada juga tabiat lama yang saya tinggalkan. apa apapun tu diri saya, saya yang memilih jadi saya tak boleh menuding jari ke arah orang lain tentang sikap dan keperibadian diri saya kini.

Untuk post saya dalam seminggu ini adalah ingin mengimbau kenangan- kenangan sepanjang melalui semester2. seterusnya, di bawah ini adalah keterlibatan diri saya sebagai seorang siswi di UiTM Johor.

1) Sebagai seorang Komander UiTM Johor (Komander Johor Jengking)


gambar dibawah ketika perbarisan tabik hormat pengarah lama UiTM Johor




yang ini pula gambar ketika majlis perpisahan senior komander. Saye menjadi Setiausaha untuk majlis ni. Sangat gembira apabila senior berpuas hati dan gembira dengan majlis tersebut. Sekarang ni, setelah menjadi tulang belakang dalam mengendalikan sesebuah majlis barulah saya faham, apabila segala penat lelah dibalas dengan kerjasama dan ucapan tahniah/ terima kasih daripada tetamu akan membuatkan kita tersenyum puas. ermmm... begitu jugalah sebaliknya.





sebenarnya banyak lagi aktiviti yang saya terlibat dalam komander untuk semester ni. seperti Kem Tempur Tampa Senjata, beberapa kawad hormat untuk VIP contohnya Naib Canselor UiTM yang baru Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. dan tidak lupa pertunjukan untuk pelajar semester 1 sesi 09/10, saya adalah salah seorang yang membuat pertunjukan Kawad Perang.

"saya sayang sayang sayang dengan batch 18. UNITE"


No comments:

Post a Comment