Jul 31, 2012

Moh Kite Menabung !

Assalamualaikum...

Salam ramadhan. Semoga kita ceria- ceria selalu :)

Kira- kira sekarang ni pusat membeli belah tengah rancak buat sale. oh sale !! i can't meet u. dangerous !! Sempena nak nak musim raya ni... kita budak budak yang bakal dapat duit raya moh la kita menabung. Jangan gunakan duit raya yang kita dapat tu dengan membeli benda- benda yang tidak berfaedah. kan kan...

Cuba bayang kan...... kalau kita menabung paling sikit pun sehari 50 sen, dalam setahun RM 182.50. itu kalau sehari 50 sen. tak campur kalau kita balik kampung dapat "duit jajan" dari atuk dan nenek. kannnnn..... tak campur duit raya lagi.

Hakikatnya memang susah nak menabung secara konsisten setiap hari. namun, pelan- pelan ia akan jadi tabiat kita juga. Adalah lebih baik jika kepentingan amalan menabung ni kita sedari dari awal lagi. Jadi... ibu bapa yang bersama kita dari kecik- kecil comel kita dulu mengamalkan dan menabung dari awal. Belikan tabung yang comel comel lote untuk anak anak agar mereka tertarik dan beria ria untuk menabung.

Kita kena ingat, semakin lambat seseorang itu untuk memulakan tabungannya maka semakin banyak lah kuantiti untuk sekali tabungan. Kalau zaman sekolah boleh lah nak menabung sehari seringgit tapi kalau dah kerja kena la lebih banyak. Usia semakin meningkat. Kita kena menabung untuk masa tua. hukhuk... 

Adusss... kalau fikir pasal duit memang pening kepalo. Tapi kalau kita berbelanja secara berkhimah dan tidak mengikut kehendak ketika membeli barang mungkin dapat mengurangkan masalah kewangan di masa hadapan. Dulu pun saya ada tabung. Macam macam rekabentuk tabung abah belikan. Siap kalau masukkan duit keluar bunyi lagi. hehe tapi sayang... dulu kecik kecik saya suka belanja kawan makan, korek duit tabung lah. HAHA

Semoga diri saya dan diri kalian dapat menabung untuk masa hadapan. Bukannya apa, tak baik kita ni meminta minta di hari kelak.



Jul 28, 2012

ASLI/ TIRUAN : pilihan anda ??

Assalamualaikum...

Salam 8 Ramadhan. Alhamdulillah...

Dalam post malam ini saya ingin berkongsi cara untuk mengenal pasti barang tiruan. Lebih- lebih lagi semenjak menjak ni saya dapati banyak penjualan barang- barang berjenama yang dijual secara online. Bagi sesetengah orang yang tiada pengalaman atau main membeli kerana harga nya yang super murah terpedaya lalu zaap membelinya. Mungkin anda pernah menjadi mangsa penipuan barang- barang tiruan. hehehe yelah mana tau nak raya ni beria- ria mahu membeli handbag atau purse yang berjenama untuk digayakan. hihi 

Yaa memang tidak dapat dinafikan. Barang berjenama seperti Louis Vuitton. Prada. Gucci. Salvatore Ferragamo. Chanel. Hermes. Coach terdiri daripada banyak gred. Di China kita boleh mendapat gred yang rendah dari gred yang benar- benar tulin dengan separuh harga dari yang asal ditambah pula dengan qualiti yang 99% sama dengan yang asli. Ya ! ditakuti anda anda yang membeli secara online membeli pula dengan harga yang tinggi padahal qualiti yang rendah rendah rendah dibandingkan dengan harganya. Malangnya insan- insan yang membeli secara ORI berasa rendah diri kerana dengan pandang pertama orang melihat tas tangan yang digayakannya sama seperti  yang dijual di pasar malam. hehehe

Jadi, mari kita tambahkan sedikit ilmu agar tidak tersilap membeli dimasa akan datang :

1. Pergi ke butik rasmi
Ini adalah perkara pertama yang paling obvious kita kena lakukan untuk membeli beg yang asli. Ada sesetengah butik Louis Vuitton,  yang mengehadkan pembelian beg untuk mengelakkan penjualan balik beg tu. Dan segala informasi mengenai barang berjenama boleh didapati di butik rasmi yang kita kunjungi. Sangat mudah dan tak perlu ragu-ragu lagi. kaan kan

2. Periksa harga barang
Benda kedua adalah sentiasa periksa harga terkini barang berjenama yang kita ingin beli. Jika harga yang ditawarkan itu terlalu murah ( Jika kita tidak beli di butik rasmi), mungkin ada sesuatu yang tak kena. Mungkin juga itu beg atau barang seludup, siapa tahu?. Contohnya jika di Petaling Street...................

3. Periksa kualiti beg
Ini mungkin agak sukar bagi mereka yang kurang arif mengenai beg. Akan tetapi logo, warna asas, jahitan atau kemasan beg pun boleh membezakan sama ada beg itu original atau replika. 


4. Dust bag
Kebanyakkan barang berjenama akan disertakan dengan dustbag. Adakah kamu tahu warna dustbag barang berjenama original dan palsu adalah berbeza? Saya pernah terkena. Jadi saya tahu juga sedikit.
*opp kantoi. hehe

5. Nombor siri
Ada juga barang berjenama yang mempunyai nombor siri khas. Maka harus bertanya pada tuan empunya kedai atau butik rasmi mengenai nombor siri setiap barang berjenama yang kamu beli.






adakah ini yang asli. anda nilai lah sendiri :)

tapi..... tengok dulu poket kita. mampukah untuk membeli. Tidak perlu terikut ikut dengan orang. Eh dia ada tuu la, aku pun nak tu jugak. wuhui payah la jika begitu T.T

Berbelanjalah ikut keperluan bukan ikut kehendak. tapi kalau orang bagi.... TERIMA KASIH LAH :D



 

Jul 26, 2012

Amalan Zikir Harian

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah 6 hari kita berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Yaaa masa berlalu begitu pantas sekali. 

Dan... pada hari ini ditahap manakah iman kita kini ?? tepuk dada tanya iman kalian. Didoakan iman kita yang bisa naik turun ini dapat ditingkatkan lagi. Insya- Allah. Semalam saya sudah nyatakan kelebihan menunaikan solat terawih pada 5 ramadhan. Nampak gayanya hari ini saya nyatakan pula kelebihan menunaikan solat sunat terawih pada malam ini. Benda baik kan, baik kita sebarkan. Supaya dapat membuka hati kita untuk menunaikannya. Amin.... 

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 

Dikesempatan ini juga, saya ingin berkongsi amalan zikir harian. Semoga ia akan menjadi amalan harian anda semua :) 


JUMAAT : yaa Allah


SABTU: Laa ilaaha illallah 
"Tiada Tuhan Selain Allah"

AHAD: yaa Hayyuu Ya Qayyuum 
" wahai Dzat yang Maha hidup dan Maha melihat ciptaanNya"


ISNIN: Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahilaliyil Azhim 
"Tiada daya & kekuatan melainkan dengan bantuan Allah Yang Maha Tinggi & Maha Agung"


SELASA: Allahumma Shali 'ala sayyidinaa Muhammad wa ala 
ali sayyidinaa Muhammad
"Ya Allah limpahkanlah sholawat dan rahmat kepada junjungan kami 
Nabi Muhammad SAW  dan keluarganya"


RABU: Astagfirullahal 'azhiim
"Saya memohon ampunan Allah yang Maha Agung"


KHAMIS: Subhaanallaahil Azhimi
"Maha Suci Allah yang Agung"

Semoga kita dapat istiqomah dalam setiap amalan yang dilakukan. Hakikatnya kadang kala saya juga terleka dengan kehidupan di dunia. Acap kali lalai dengan hiburan disekeliling kita namun, saya cuba menjadi insan yang lebih baik disisiNya. Ingatan dan pesanan ini untuk diri saya dan untuk diri kalian juga. Saya bukanlah terlalu baik tetapi saya ingin mengajak anda semua menjadi insan yang baik, bukan dimata manusia semata mata tetapi oleh yang Maha Esa. 

salam sayang;


Jul 25, 2012

5 Ramadhan

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik sudah 5 hari kita di bulan ramadhan. alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bersama sama berpuasa pada ramadhan tahun ini. tahun hadapan kita tak tentu lagi kan. semoga Allah memanjangkan usia kita dalam keadaan beriman. Amin... Bercakap mengenai ramadhan akan datang, masih berpeluang kah kita. saya teringat pada ramadhan tahun lalu... seorang sahabat karib saya kembali kerahmatullah. sungguh bagaikan tidak percaya, Allah sudah menjemputnya pada usia 20tahun. Pasti kita tidak menyangka bahawa ramadhan tahun hadapan beliau tidak temui.Tapi itu bagi insan yang masih hidup, bagaimana pula bagi insan yang telah tiada. Jadi, apa yang kita lalui pada hari ini... nikmatilah. Berbuatlah amal kebajikan sehabis baik kerna kita tidak tahu masih bernyawa kah kita pada esok hari. Tidak lupa juga buat arwah nenek saya, masih terbayang- bayang dimata menyuapkan makan tengaharinya walaupun saya berpuasa kerana nenek sudah uzur namun pada ramadhan kali ini ianya hanya tinggal kenangan.Sungguh... kita tidak tahu pada detik apa Allah akan menjemput kita.

Jadi,dikesempatan yang ada, pada bulan ramadhan ni kita perbanyakkan lah membuat amal soleh.Selagi hayat dikandung badan. sungguh besar ganjaran yang Allah berikan. Pernah tak kita sedar, setiap amalan yang disuruh Allah pasti Allah memberitahu kepada kita apa ganjarannya.Bukan kah dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah itu menyuntik lebih banyak kekuatan dan semangat kita untuk menunaikan amalan tersebut. Contohnya sesiapa yang menunaikan solat tarawih pada malam ini Allah janjikan pahala yang seperti kita menunaikan solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Al- Aqsa. Maha suci Allah... tidak mahukah kita berebut untuk seakan- akan bersolat di rumah Allah itu? Semoga Allah sentiasa membukakan hati kita untuk sentiasa menerima hidayahNya.

                                      Al- Fatihah;
                                                    SITI BINTI TAIB
                                                    FARAH NABILA BINTI SAZALI

 semoga diri kita sentiasa diberi hidayah & petunjuk olehNya




Feb 17, 2012

missing

Assalamualaikum...

disaat asgment diambang tarikh untuk dihantar,
disaat test dan quiz satu persatu perlu ditempuh,

aku semakin suka berdiam diri,
menyendiri dengan dunia ku sendiri.

biarkan aku... aku lebih suka dengan kehidupan yang seperti ini.

dipenghujung sem. ini, biarlah aku pilih apa yang lebih baik untuk diriku,
apa yang lebih membuatkan aku bahagia.
harapan ibu dan ayahku.... takkan aku musnahkan.
dengan semangat mereka... aku tempuh, aku kuatkan diri, aku berpegang teguh dengan ajaran dan sunahMu.

Jan 29, 2012

Legasi 18

Assalamualaikum...

Research Methodology letak tepi dulu. hihi

Dah lama tak mencurahkan kata kata dalam blog ni. Aku hanya mampu melihat, menganalisa blog2 yang aku follow. hah!

Tapi untuk hari ini entah mengapa aku rasa ingin meluahkan isi hati yang terpendam sekian lama.

BATCH 18 ataupun nama baru LEGASI 18
aku cukup kagum dan bangga menjadi sekelompak diantara mereka.
Dari situ aku belajar erti kehidupan, berpijak di kaki sendiri, persahabatan, dan pengorbanan.
Senior2 yang terlalu banyak mengajar kami. TERIMA KASIH
senior2 yang pernah mendera dan mendenda kami. TERIMA KASIH
senior2 yang menyayangi kami. TERIMA KASIH
kami bagaikan satu keluarga.
kenangan yang tercipta takkan pernah lupus dari kotak fikiran.

Buat B-18,
Bagaikan semalam kita berkenalan di Padang Kawad,
Bagaikan semalam kita mengharungi kehidupan sebagai seorang Komander Jengking,
Tak terungkap rasanya suka duka yang kita lalui bersama.


Sayang anda anda semua sampai mati


nanti dah grad. kite semua membawa haluan masing masing. semoga segala memori tetap terpahat di hati korang (:


Jan 1, 2012