Jul 21, 2010

AGM sana, AGM sini

Assalamualaikum...

HELOOOO... :)
uhhh... dalam minggu ini saya agak sibuk menguruskan kehidupan diri dan juga kehidupan orang lain. wah! macam bagus je kan. hehe...
macam biasa, awal2 semester ni AGM (Anual Grand Meeting) bersepah sana sini. nak cop? menyebok la korang kat AGM kelab/ persatuan walaupun korang bukan ahli. tapi ade mase ke??? rajin ke, nak menapak pegi LT, Dewan Sri Temenggong, Dewan Sri Peria dan yang paling best menapak gi AGM kat LT Blok Kayangan. Terpulang laa... kalau rase dah telebih tido, telebih makan harusla gi AGM sekaligus memenuhkan kad pink anda tu. hehe

ini kad pink yang perlu saya penuhkan!!!

OK, saya nak cerita pasal AGM yang telah saya hadiri.
hakikatnya, sejak bergelar komander ni saya sangat la malas tahap kure- kure berjalan lambat untuk menghadiri AGM. sebab... banyak lagi keje lain yang lebih penting daripada tengok penggubaran ahli jawatankuasa dan pelantikan ahli- ahli baru. dan yang paling utama, ahli- ahli tu saya tak kenal, lagi laaa malash! (eh, bukan malas, tapi kurang penting)haha...

AGM pertama yang saya hadirkan diri ialah AGM KOMANDER KESATRIA. uhhhh... ini AGM bukan sahaja harus, tetapi wajib pergi. bertarikh 19 julai lalu di Dewan Sri Peria. hehe yang paling best dewan ni hanya beberapa langkah je dari kolej saya. lalu, menontonlah saya acara penggubaran dan pelantikan JPKK BATALION IV KESATRIA UiTM, JOHOR. sure lah saya gembira dan bersemangat kerana mereka yang dilantik semuanya saya kenal! selain itu, saya telah ditugaskan untuk melayan tetamu VIP ketika menjamu selera. suke! suke! saya memang suka!walaupun hanya tengok orang makan, tetapi saya rasa kenyanglah! heeeee..

ini adalah gambar roomate kesayangan saya;


AGM kedua yang saya hadiri ialah... AGM BPC (Badan Pertolongan Cemas). AGM ni pun saya wajib pergi (bukan buat2 rajin nak pergi oke). bertarikh 20 julai dan bertempat LT Blok Kayangan, saya ulangi... BLOK KAYANGAN~
Kalau anda pelajar UiTM Segamat anda pasti faham apa yang saya maksudkan, kan.
Blok ini adalah blok yang TERBARU, TERCANTIK, TERJAUH dan TERTINGGI. uhhhhh... hendak mendaki blok yang ala- ala 45darjah ini memang syok bila ada angin sepoi- sepoi bahasa... dengar lagu industan. dengan kuasa magic anda sudah berjaya mendakinya. haha... lepastu nak turun dari blok ni, gunakan kuasa veto anda untuk golek golekkan badan lalu sampaila ke bawah...

ini adalah Blok Kayangan kebanggaan kami,


Apa yang menariknya, persatuan kami merupakan persatuan yang pertama mengadakan AGM di LT tersebut. suke! suke! Presiden kami la, abg Jamal beria- ria sangat nak wat kat situ. demimu... Ketua Projekmu, Fatin Hazwani turutkan:)
Tentang AGM tersebut, saya sangat lompat- lompat bintang apabila JPKK KESATRIA sudi untuk menghadiri majlis tersebut. terima kasih! terima kasih! dan terima kasih juga kepada En. Tusiran bin Paraman kerana sudi merasmikan majlis kami. mekaceh en. Tus!
Alhamdulillah... majlis kami ini berjalan dengan lancar. makan pun sedap~ sangat sedap.terima kasih kepada Nora kerana pilihan anda dalam memilih tukang masak adalah tepat! oooohhhhhh... saya sebagai bendahari projek ingin mengucapkan ampun dan maaf kerana masih ada bayaran yang belum dijelaskan kepada yang exco- exco yang telah mendahulukan duit mereka. sabar... sabar...

Oke, ini gambar sekitar AGM kami,





erm... akhir kata,
saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada rakan- rakan dan juga diri saya sendiri atas jawatan yang telah disandang. semoga kita dapat menjalankan tugas dan amanah ini dengan tebaik dan setelus yang mungkin.

anda nak tahu taakkkk... saya dengan rasa bersalahnya ingin memberitahu yang saya tidak dapat menghadirkan diri ke AGM Mandarin tadi kerana perlu bermesyuarat untuk "Kem Semarak Kasih". huk huk huk...

No comments:

Post a Comment