Jul 23, 2010

Assalamualaikum...

hari ini, saya rasa macam nak nanges, nanges kuat- kuat, menangis puas- puas. tetapi saya pun tak tau apa alasan untuk saya menangis. saya rasa penat, so tired. walaupun saya tidak menyangkul mahupun membajak namun rasa penat tu rasa macam nak mati sekejap. tapi boleh ke???

saya penat melayan karenah manusia. penat!
namun, mungkin ada manusia lain yang juga penat melayan karenah saya :(
saya minta maaf.

mugkin juga hari ini saya sedih kerana budak KO saya. saya sedih kerana mereka ramai tidak hadir. mereka mungkin "bengang" kerana kelas KO hari jumaat dan mengakibatkan mereka tidak boleh pulang ke kampung halaman. tapi mereka perlu juga faham, pertukaran kelas tu tidak boleh dipinda sesuka hati. tolonglah faham kawan- kawan. saya rasa macam nak menangis bila ada budak KO yang mengeluarkan kata- kata kesat kat depan saya. saya? hanya mampu berkata "eh, tak pe la" bila ada kawan saya yang lagi satu kata "weh, komander ko kat depan tu".

huuuhhhh... dan mungkin juga saya rasa sedih kerana dah seminggu sahabat saya tak tegur saya walaupun kami satu kelas. sedih kan :( apa salah saya??? bila la semua ni nak berakhir...

dan mungkin juga saya sedih sebab mendengar luahan perasaan mama saya. adik minta maaf ma jika adik tidak mampu mambuatkan mama gembira dan bahagia. mama dah jalankan tugas sebagai seorang ibu yang terbaik buat adik dan along. apa yang berlaku kini, salah kami bukan salah mama mendidik kami. kami minta maaf ma :(

kesimpulannya, minggu ini merupakan minggu yang sangat "hard" buat diri saya. saya sangat sibuk menguruskan kem untuk persatuan saya. saya nak buat yang terbaik untuk kem tu kerana pesertanya merupakan kawan- kawan saya juga. saya nak mereka gembira kerana apabila mereka gembira, saya akan sangat gembira tahap lompat- lompat bintanglah. buktinya, saya tidak berkesempatan untuk membasuh baju selama 5hari. teruk kan! tido dah tak tentu masa. sekarang ni juga, saya dah mula bersin- bersin dan berpotensi untuk demam. ouhhhh... kenapa semua ini berlaku. bersabarlah...

dan mungkin kerana air mata saya sudah lama tidak menitis, akhirnya air mata saya menitis juga. berikan aku kekuatan Tuhan.

3 comments: