Aug 15, 2010

sejauh mana kasih sayang itu.

Assalamualaikum...

HAILOOOO,

sedar tak sedar dah 5hari kita berpuasa di bulan ramadhan ni kan.
semalam saya menonton Singgah Sahur siaran TV3.
dan program tersebut dirakamkan di Rumah Sri Kenangan Cheng Melaka.
sedih melihat warga emas yang sepatutnya dijaga dengan penuh kasih sayang oleh anak- anak mereka tetapi ditinggalkan di situ.
benarlah kata orang, anak berbelas- belas tak semestinya dapat menjaga ibu bapa mereka apabila tua kelak.

saya tak mahu komen lebih- lebih tentang itu, kerana kita tak tahu menjadi insan seperti apakah kita dimasa hadapan.
saya hanya mampu berdoa, semoga saya akan menjaga ibu bapa saya dengan baik dan penuh kasih sayang sehingga nafas terakhir mereka, amin....

hargailah setiap pengorbanan dan kasih sayang mereka.
tampa mereka, tiadalah kita, siapalah kita.
dan lagu ini apabila dihayati bibit liriknya, pasti menitis air mata.

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

sesuatu itu ada bermacam sesuatu..

MAMA, ABAH... I LOVE U SO MUCH


No comments:

Post a Comment