Oct 25, 2010

Hati ini...

Assalamualaikum...

dari bilik ini... kukedengaran siulan sang pipit berbicara rancak.
Terdengar bunyi motosikal... walaupun tidak melihat ke jenak tingkap namun dapat ku agak itu adalah motosikal mc'D delivery.
kelihatan buku statistics di hadapan mata tapi tidak kusentuh...
si pengacau penyenggara serangga telah mengetuk daun pintu.

lalu, terlepas lah pen digengaman yang rancak menulis angka angka.

sipakah aku hari ini...
siapakah diriku akan datang...
namun belum kupuas menikmati kehidupanku yang lalu...

kehidupan lalu, berpakaian seragam sekolah...
dari berwarna putih ke berwarna hijau bertukar ke warna maroon.
dahulu... hati ini terasa tidak sabar melangkah kealam universiti.
melihat mereka mengatur langkah kekuliah,
mendengar mereka bangun lewat kerana tiada kelas pada waktu pagi.
kelihatan mereka berpakaian warna warni ke kuliah.
ya ! itulah yang membuatkan hati ini terasa ingin terus melangkah kealam universiti.
sungguh naif bukan...

hari ini, kakiku sudah bertapak di universiti.
hari ini, hatiku teringat ingat zaman persekolah yang telah ditinggalkan.
indah bukan apabila hati dan minda berlari menuju kezaman silam
zaman lalu... dinobatkan sebagai pembahas terbaik. berlari meninggalkan pesaing pada kejohanan olahraga, menggelecek bola hoki.

sangat indah zaman itu...
mencipta kenangan yang mengimbas ingatan hari ini bersama teman teman seperjuangan yang kini punya haluan hidup masing masing.

ouh... inilah kehidupan.
biar masa berlalu sebegitu pantas, jangan pernah dilupakan kenangan itu.
biar sepahit cuka kenangan itu... sedekat nanti yang cuka akan menjadi madu.

Terima Kasih Tuhan... atas segala rezeki yang telah Kau berikan kepadaku.
Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur kepada-Mu.



No comments:

Post a Comment