Nov 20, 2010

Apakah itu berDIET ?

Assalamualaikum...

YA ! DIET itu apa ?
adakah berdiet itu tidak makan sehari suntuk
atau makan sehari sekali
mahupun menelan pil yang ada label "anda mahu kurus ??"
hihi

YA ! saya mahu berdiet a.k.a sedang berdiet.
*eeeerr geli.
namun, duduk dirumah auntie mengakibatkan matlamat berdiet sedikit tersasar.
ye laaa... duduk rumah, makan, tengok tv, baring di kerusi merah kegemaran serta duduk online. eh, eh tadi pagi saya berpoco poco :D




OK, ini kerusi kegemaran, boleh digunakan siang dan malam.
*model kerusi: Cik Syahira. semoga berjaya dalam menyiapkan thesis yang perlu dihantar isnin.

errmm.. hakikatya, berdiet bukanlah tidak makan. Tetapi makan pada waktunya dengan kuantiti yang tertentu. Bagi saya, mengambil sarapan pagi itu penting. Mengambil makan tengahari juga penting, ambil nasi sedikit dan lebihkan pengambilan sayur. Apa yang penting, jangan makan selepas pukul sepuluh, dengan kata lain jangan makan 2 jam sebelum tidur. *haha bercakap mengalahkan pakar pemakanan.

ok, mari kita lihat pemakanan insan yang tidak berdiet


ini pula insan yang berdiet


lapaaa !!


op op insan berdiet telah mencuri makanan


namun... apa yang penting, makan lah mengikut kemampuan dan jagalah kesihatan. kalau dah bekerja sebagai buruh binaan tak perlu kot berdiet. Lainlaaa duduk dalam air-cond dan berjalan hanya beberapa tapak sahaja.


No comments:

Post a Comment