Nov 16, 2010

Melayari Bahtera Zulhijah

Assalamualaikum...

Rasa sekejap sudah kembali kepada bulan Zulhijah, macam baru semalam meninggalkan bulan Zulhijah 1430H. Kenangan dikampung melihat ahli keluarga dan sanak saudara lelaki menyembelih daging korban masih terlekat diingatan. melihat mengalirnya darah daging korban bagai melihat darah pejuang pejuang syahid dimedan perang.. subhanallah...

Bila direnungkan, bilakah seruan Allah untuk diriku sampai untuk mengucup Hajarul Aswad. Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang, jika diikutkan saya telah sampai ke Makkah namun masih belum diizinkan Allah. tidak mengapa, pasti ada hikmahnya. Insya-Allah saya akan sampai juga sebelum roh dan badan terpisah.


Jika diikutkan, hari ini umat islam di Makkah telah menyambut Hari Raya Aidiladha. dan kita di Malaysia pada hari esok. Pada hari ini kita disunatkan berpuasa selain melakukan amalan amalan sunat lain. Dibawah, saya kongsikan amalan amalan sunat di bulan Zulhijah. Semoga kita sama sama mendapat kerahmatan dari Allah s.w.t.
Insya- Allah...

Kelebihan 1 hingga 10 haribulan Zulhijjah.

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Pada hari pertama bulan Zulhijjah, Allah mengampuni Nabi Adam A.S,maka barang siapa berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

Pada 2 Zulhijjah, Allah telah memakbulkan doa Nabi Yunus A.S dengan mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun, Maka barang siapa yang berpuasa pada hari itu, dia adalah seperti seorang yang beribadah selama satu tahun tanpa mendurhakai Allah sekelip mata pun.

Pada 3 Zulhijjah, Allah memakbulkan doa Nabi Zakaria, maka siapa yg berpuasa pd hari itu, Allah memakbulkan doanya.

Pada 4 Zulhijjah, Nabi Isa a.s dilahirkan,maka barang siapa berpuasa pd hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahan dan kefakirannya dan pada hari kiamat nanti, dia bersama orang2 yang melakukan kebaikan dan orang yg mulia.

Pada 5 Zulhijjah, Nabi MUsa dilahirkan, maka siapa berpuasa pd hari itu dijauhkan dari kemunafikan dan siksa kubur.

Pada 6 Zulhijjah, Allah telah membukakan kebaikan kpd NabiNya, maka barang siapa berpuasa pd hari itu maka Allah akan memperhatikannya dengan kasih sayang dan tidak disiksa sesudahnya.

Pada 7 Zulhijjah, semua pintu neraka akan ditutup dan tidak akan dibuka sehingga selepas 10 Zulhijjah maka barang siapa berpuasa pd hari itu maka Allah akan menjauhkan daripadanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.

Pada 8 Zulhijjah, ia dinamakan hari Yarwiyah. Barang siapa berpuasa pd hari itu, akan diberikan pahala yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.

Pada 9 Zulhijjah, ianya dinamakan hari Arafah,maka barang siapa berpuasa pd hari itu akan dihapuskan dosanya yg telah berlalu, yang sedang berlaku dan yang akan datang. Pada hari arafah ini jugalah diturunkan ayat yg bermaksud.

” Pada hari ini telah Aku sempurnakan pula nikmatKu kepadamu.”

Pada 10 Zulhijjah, iaitu Hari Raya Aidil Adha, barang siapa yg menyembelih korban maka mulai titisan darah yg jatuh ke tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa keluarganya. Dan barang siapa memberi makan kepada org mukmin atau bersedekah dgn satu pemberian maka di hari akhirat nanti Allah akan membangkitkannya dgn selamat dan timbangannnya akan menjadi lebih berat drpd gunung Uhud.”

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada ahli keluarga, tenaga pengajar, insan tersayang dan juga sahabat handai. Semoga kita semua mendapat keberkatan-Nya. Insya- Allah...




No comments:

Post a Comment