Dec 30, 2010

COUNTDOWN 3: 29 Dec 2010

Assalamualaikum....

waddap blogger. semalam sangat malas untuk memblogkan aktiviti.

mari membuat kuih keria. ya! itulah aktiviti semalam.

Bahan-bahan

7 biji ubi keledek (sederhana besar) / sekilo
500 gm tepung gandum
1 cawan gula
sedikit garam
Air
minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1.Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)

2.Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.

3.Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.








selamat mencuba !


No comments:

Post a Comment