May 19, 2011

ishhh.. ishh nape lupa lagi ni...

Assalamualaikum...

hai hai blogger. mari bermain sudoku. asah asah minda.

yayy selain kemas rumah kasi berkilat *ishh isshhh silau -.- aku mengorek kotak aku last sem. untuk mencari pensel dan pemadam. tadaaaa~~~ untuk buat sudoku. hehe
seingat aku, masa form 3 aku menceburkan diri dalam bermain sudoku akibat terpengaruh dengan kehebatan saudari Jufa Eriana bermain sudoku. kih kih hebat mak yong boleh siapkan sudoku dalam beberapa minit je. pling !
* eh ehh aku tak la nak bercerita pasal sudoku sebenarnya, cuma ada la kait mengait sedikit dengan agenda yang ingin diutarakan hari ni (:


koleksi buku rating paling tinggi bagi aku. seee tu ada SUDOKU

amek kau, buat la sampai lebam. teguling guling


Okey, let's we talk about it.
Korang pernah tak dah kira gula gula dalam balang tiba tiba bila ada abang kacak lalu kat depan eh ehh lupa pulak dah kira gula gula berapa biji. adusss.. padahal baru berapa saat, dah lupa dah.
macam aku tadi, tiba tiba dah lama tak buka account myspace dah lupa password dia apa.
kenapa aek, aekk kita boleh LUPA, LUPA, LUPA. HAI YAAA FORGOT LAH.... zzz
haaaa ada satu cerita ni, A Moment To Remember. berkait tentang penyakit Alzheimer, pelupa jugak tu kan cuma ia dah di tahap kronik. sedih cerita ni, akak aku tengok sampai menangis.


persoalannya, mengapa kita boleh jadi pelupa ??
menurut cikgumat, terdapat beberapa faktor mengakibatkan manusia lupa;

i) Lupaan Gangguan

Mengikut teori ini, lupaan adalah disebabkan oleh gangguan pengalaman atau

maklumat yang baru diterima memberi kesan kepada ingatan kekal. Contohnya seperti

pembelajaran perkara baru mungkin akan mengganggu pembelajaran lama Kandungan

perkara-perkara yang dipelajari telah bercampur menyebabkan lupaan berlaku terhadap

pembelajaran lama.

ii) Lupaan Keusangan atau pengaburan

Lupaan ini disebabkan oleh maklumat-maklumat pengalaman yang tersimpan

dalam ingatan jangka panjang menjadi kabur dan susah diingat kembali. Ia disebabkan

kerana maklumat pengalaman yang tersimpan itu telah lama tidak digunakan

menyebabkan ia menjadi kabur. Sesuatu pengetahuan yang diperolehi tetapi tidak sudah

lama tidak lebih berkemungkinan akan menyebabkan ia menjadi kabur dalam ingatan.

Misalnya, seseorang yang mempelajari bahasa kedua dan mahir. Disebabkan sudah lama

tidak menggunakan bahasa samada dalam pertuturan ataupun penulisan, dia mendapati

susah hendak mengingat kembali bahasa ini. Walau bagaimanapun, kemahiran

menggunakan bahasa ini dapat dipulihkan dengan cara mempelajari semula bahasa

tersebut. Pembelajaran kali kedua ini lebih cepat membawa kepada kemahiran daripada

pembelajaran kali pertama.

iii) Lupaan Desakan emosi

Lupaan jenis ini disebabkan oleh gangguan ke atas emosi orang yang hendak

mengingat, hingga mendesak ia untuk melupakan maklumat-maklumat pengalaman yang

tersimpan dalam ingatan jangka panjangnya. Dalam hidup manusia, mungkin terdapat

pengalaman-pengalaman yang menyakitkan emosi atau menyedihkan. Ada di antara

pengalaman-pengalaman ini tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetapi individu

berkenaan sengaja ingin melupakan pengalaman tersebut untuk megelakkan kesedihan.

Jadi, apa masalah kita ??
hakikatnya, dengan bermain SUDOKU ia mampu meningkatkan kepekaan otak dan membuat kan otak aktif, lebih lebih lagi ketika cuti semester. otak kurang memproses maklumat dan akibatnya otak menjadi lembabbb, lalu jadi pelupa lah kita. ayuhhhh asah minda !!


2 comments: