Jun 28, 2010

Tentang Semester Lalu (III)

Assalamualaikum...

HEY!
Ini adalah bahagian ketiga dalam Tentang Semester Lalu. telah saya ceritakan tentang kehidupan sebagai seorang komander dan juga sebagai seorang siswi diploma pengurusan perniagaan.
Dan pada bahagian ini ingin saya ceritakan kenangan- kenangan terindah sebagai Princess College.

3) Saya sebagai Puteri Kolej ZAMRUD =.=




antara kemudahan yang terdapat di kolej saya. dan antara banyak- banyak alatan senaman saya paling suka yang ni. mungkin sebab saya boleh makan, berbual dan berangan sambil bersenam (hanya gerakkan kaki kedepan dan kebelakang, juga boleh duduk macam main buai)



OK, antara aktiviti- aktiviti kolej pada sem. ni adalah...
1) Sukan Kolej (SUKOL)- hanya menjadi penyokong kolej yang paling "gebang"

2) Minggu Terbuka Kolej (MITEK)- terlibat dalam perbarisan. sangat lompat- lompat bintang kerana perbarisan kolej kami dapat num. 3



3) Malam Srikandi Kolej- Menjadi pemakan yang pelahap. sengaja ambil tempat duduk yang dekat ngan meja makanan.

saya, dimajlis tersebut. Datang, Makan dan Balik. +__+




erm... ape lagi aek?
cam tu je aktiviti yang "kabom!" untuk sem ni.

uuhhhh... kisah- kisah ku di berek komander lah yang paling seronok. mandi tepung dan telur. saya orang yang paling pandai untuk melarikan dari dalam aktiviti tersebut. tak suka uuuhhh.. nanti kene basuh baju sungguh- sungguh.
tentang bilik saya: OO6D (depan toilet)

ini roomate saya, Farahana binti Ismail


ini pula, Siti Nabiha binti Rosli


kami selalu memasak bersama- sama. sangat sukakanya! masak telur guna heater then mix with blackpepper and sos. masak maggi, buat air sunquite. huuu... semoga next sem. kita tetap mengungguli piala roomate yang suke memasak. haha..
tidak lupa juga kami merupakan roomate yang memakai kasut CROC'S. hihie +__+ so sweet!

gambar dibawah pula adalah jalan-jalan tampa haluan dimalam minggu


tengok la baju kami, "SOMEDAY THINGS WILL BE BETTER". kami berempat membeli baju ini kerana ada makna tersirat daripada ayat tersebut. Yeah! the THINGS become better and better.

ini pula cadar katil saya, sangat sukakannya walaupun berwarna pink! (saya kurang gemar dengan warna pink. huhu) sem hadapan cadar saya berwarna oren (abah yang pilihkan)


gambar dibawah ialah BULAN, peliharaan roomate saya Siti Nabiha. kami pernah jadikannya bola sepak takraw dan bola sepak. hahaha.. yang gambar ni BULAN sedang membantu saya belajar Micro ketika final exam yang lalu. ^_^




OK, buat wingmates saya... terima kasih atas makan dan minum yang kita berkongsi bersama dan juga segala- galanyalah... terlalu banyak perkara yang telah kita lalui sepanjang sem lepas (kat padang kawad nampak muke korang, kat wing pun nampak muke korang kan). maaf atas salah silap yer...

"saya sayang sayang sayang kolej saya"

No comments:

Post a Comment