HEY!
selamat datang kebahagian kedua Tentang Semester Lalu.
kali ni, sebagai seorang siswi iaitu tanggungjawab yang paling utama ialah BELAJAR!
2) Sebagai seorang siswi Diploma Pengurusan Perniagaan.
Memperkenalkan sahabat seperjuangan saya, kelas D2B1

kawan baik saya, Nurul Aien Syafiqah. Kami pergi kelas bersama-sama.

dan pada semester ni, project paper yang harus saya laksanakan dalam matapelajaran pengurusan telah memberikan banyak input dan pengalaman bagi diri saya.
kumpulan saya telah memilih syarikat ZHULIAN sebagai kajian kami. Terlalu banyak peristiwa pahit, manis, lucu dan menyebabkan kening saya bercantum dalam pelaksanaan projek ini.
mereka adalah ahli kumpulan saya, gambar ini diambil selepas menemuramah stokis cawangan Skudai, Johor Bahru Pn.Jamaliah binti Esa. sebenarnya, ada seorang ahli kumpulan saya tidak dapat turut serta dalam temuramah ini (Muhammad Ghazree bin Ghazalee) kerana terlibat dalam Kem Kelab Usahawan.
gambar ni pula ketika merangka ayat dalam pelaksanaan project paper tersebut
saya nak sangat berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan dari A sehingga Z tentang perjalanan temuramah tersebut.
1) Pemandu: Arif Azraf. yang sangatlah mahir dalam pemanduannya menjadi pilot kami. Menaiki kereta kancil yang hidup segan mati tak mahu meluncur laju walaupun ketika itu hujan yang agak lebat.
tiba- tiba... kereta di hadapan kami telah break secara mengejut kerana terdapat sebuah kereta merc. yang telah melanggar divider jalan.
namun begitu, si Arif Azraf hanya mengambil tindakan menekan break kaki sedangkan jarak antara kereta kami dengan kereta dihapan sangat dekat, ala- ala sejengkal. sepatutnya, si Arif Azraf menarik break tangan skali. si Arif Azraf tidak berbuat demikian dengan alasan... KAT ATAS BREAK TANGAN TU ADE GULA- GULA KAPAS BERWARNA PINK KEGEMARANNYA! dia kata dia sayang~. ARIF!!!
saya pula pening- pening lalat akibat hentakan kepala dikerusi hadapan. sob... sob..
2) Menuju kerumah Hairul Ridzuan Mahadi di Pontian Kechil untuk menjemputnya ke Skudai. Nasib baik dapat makan sodap! Mee kari buatan mami beliau. Mekaceh!
3) Perjalanan menuju ke ZHULIAN, Skudai. nak beli buah tembikai kat tepi jalan, tapi mak cik tu tak nak jual sepotong. Mak cik tu nak jual sebijik! jadi, kami tak beli pun, ingat nak buat makan untuk kenduri kesyukuran ke?
4) OK, akhirnya sampai jugak tempat yang ingin dituju. huhue... saya menemuramah macam saya nak jadi stokis ZHULIAN LoL. Arif Azraf dan Hairul Ridzuan dah panas punggong~ Temuramah berakhir jam 7.00 malam.
5) Kami dibelanja makan malam (NASI AYAM PENYET). sangat masyuk wooo~. bertolak balik ke UiTM Segamat jam 9.00 malam.
6) Perjanan yang amat mengasyikkan. haha... bercerita soal alam ghaib dimalam- malam hari, ditengah- tengah jalan raya. tiba- tiba... di simpang empat yang baru sahaja masuk kawasan Bandar Segamat kat lampu isyarat, kereta yang kami naiki telah mati enjinnya. waaaaaa!!! nasib baik la ada stesen minyak CHALTEX kat depan tu. kalau taaaak..... lalu menolak lah mereka menuju ke "CHALTEX Penyelamat Kami"
kemanakah saya? saya yang memandu (memusingkan) stering kereta. kah! kah! kah!
7) Dengan bergeraknya kereta kancil itu kembali, kami meneruskan perjalanan ke kampus. Jam telah menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam. risau uuhhhh... kalau kene tahan dengan en. pengawal keselamatan. Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami. tak kena tahan pun, mungkin sebab muke suci ala ala manja Arif Azraf. haha
8) Baliknya saya mula bersin- bersin lalu DEMAM :(
kepada HAIRUL RIDZUAN, GHAZREE, dan ARIF AZRAF jutaan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan. maaf atas segala kekusutan, salah silap, serta keparanoid'an saya. hihie...
buat sahabat kelasku...
terima kasih menjadi sahabat yang baik terhadap diri saya, melayan kegilaan saya, mengeluarkan sejumlah wang yang diminta untuk bahan- bahan photostat pembelajaran.
halalkan makan dan minum serta ilmu- ilmu yang dikongsi bersama. Jumpa di semestar hadapan dan ingat- ingat grad. pada masanya (grad. on time)
"saya sayang sayang sayang sahabat kelas saya. D2B1"
No comments:
Post a Comment