HEY!
Actually Tentang Semester Lalu ada lagi satu bahagian. Bahagian kehidupan sosial ku, tapi saya telah membuat keputusan untuk tidak mendedahkan tentang kisah itu.
Jujur saya katakan, semester kedua merupakan sem dimana saya memulakan langkah yang pertama dalam kehidupan bersosial yang lebih daripada selalu. ada beberapa perkara yang pertama kali saya buat dalam hidup. pertama kali yang saya buat tetapi mungkin perkara biasa bagi orang lain. mungkin kehidupan saya yang selalu diawasi oleh keluarga menyebabkan saya lambat mempunyai pengalaman tentang perkara tersebut dan saya tidak bercadang untuk mengulangi beberapa perkara tersebut. saya tahu keluarga saya mempercayai saya, jadi untuk kali ini saya tidak akan memusnahkan kepercayaan ibu bapa saya terhadap diri saya. sebuah kepercayaan itu apabila telah dimusnahkan amat sukar untuk mendapat kepercayaan itu kembali.
Namun, saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah saya lalui. saya akui, ketika memalui saat- saat yang sukar dalam kehidupan hati saya akan terdetik "kalaulah..." tetapi sangat bahagia rasanya setelah berjaya melalui saat- saat sukar tersebut. kita akan tersenyum bangga dan puas mengimbau kembali saat- saat tersebut.dan ia akan menjadi satu anjakan dalam diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. memang pedih dan susah untuk menenangkan hati sendiri bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya namun itulah satu usaha untuk menjadikan diri kita lebih tabah dan yakin kepada penciptaNya. Percayalah janji Allah itu benar. Semoga semester baru ini memberi lembaran yang baru buat diri saya. Insya-Allah. Amin...

"saya nak jadi budak baik baik baik"
No comments:
Post a Comment