Salam Ramadhan, bloggers.
i would like to share this,
Sesungguhnya, waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam pada waktu ramadhan mereupakan satu malam yang sangat berbeza daripada malam-malam yang lain. Semua orang mengerti apakah malam tersebut, yakni malam yang penuh rahmat, malam yang didalamnya mempunyai kebaikan selama seribu bulan atau lebih 80 tahun.
Jadi amat beruntunglah sesiapa sahaja yang memperoleh malam tersebut. Walaupun sukar untuk menemuinya, tetapi jika kita dapat beribadat dengan tekun pada malam tersebut InsyaAllah, pahala tersebut akan dapat kita peroleh.
Bila Berlakunya Lailatul Qadr
Sesungguhnya bila berlakunya lailatul Qadr sememangnya dirahsiakan agar semua umat tidak hanya beribat pada malam tersebut sahaja. Kerana bulan Ramadhan keseluruhannya mempunyai berkat jika kita beribadah dan beramal di dalamnya. Oleh yang demikian, seharusnya kita mengambil peluang yang sangat baik ini dengan sentiasa beramal dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Walaupun kita tidak mampu untuk beribadah sepanjang waktu kerana kesibukan harian, cubalah mengingati Allah selalu dengan berzikir, kerana bila-bila masa pun zikir boleh dilakukan, semasa duduk, berjalan, dan sebagainya. Ini sangat penting supaya kita dapat mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa kita, disamping banyaknya pahala yang akan diperoleh.
Banyak pendapat yang berbeza mengenai bila berlakunya malam lailatul qadr ini. Terdapat berpuluh-puluh perbezaan atau beratus-ratus perbezaan kesemuanya. Ada yang mengatakan datangnya Ramadhan pada awal hingga akhir ramadhan. Ada juga yang berpendapat datangnya pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tetapi terdapat pendapat yang popular dalam Mazhab Imam Syafie yakni malam tersebut merupakan 10 malam ganji yang terakhir dalam bulan Ramadhan.
Pendapat Alim
Pendapat yang paling kuat terjadinya Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadith `Aisyah radiyallahu `anha, berkata: rasulullah s.a.w. beriktikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan baginda bersabda, (artinya)” Carilah malam Lailatul Qadr di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (hadis Bukhari dan Muslim).
Ibnu Hazam berpendapat:-
Jika bulan ramadhan 29 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadr jatuh pada malam yang genap.
Jika ramadhan genap 30 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul Qadr adalah kurniaan Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. yang banyak sekali fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia pada zaman akhir ini.
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w. ” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?” Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s. sendiri menjawab pertanyaan itu”. Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat…”. Lailatul Qadr hanya satu malam sahaja dalam bulan Ramadhan.
Selain itu, hikmah Lailatul Qadr itu juga ialah bagi memberi peluang kepada umat akhir zaman yang ingin mempunya pahala yang banyak seperti umat terdahulu yang panjang umurnya. Mereka dapat beribadah kepada Allah lebih lama kerana umur yang panjang tersebut. Oleh yang demikian, seharusnya ambillah peluang yang baik ini bagi memantapkan diri dengan amal, jika boleh pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang seterusnya.
Tambahan - Tanda-tanda Lailatul Qadr
Dari Ubay radhiyallahu `anhu, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda (artinya) “Pagi hari malam Lailatul Qadr, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, sepertii bejana hingga meninggi.” (hari Muslim 762).
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu `anhu, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda (ertinya) “(Malam) Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah tidak panas, dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (hari Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).
Kesimpulan
Kita masih tidak tahu sama ada masih adakah waktu akan datang untuk kita, kerana bila-bila masa Dia boleh menyekat oksigen daripada dipam oleh jantung kita keseluruhan sel-sel badan kita. Kerana dia yang Maha besar “kun fa ya kun”. Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang masih ada ini. Kita belum terlambat, masih ada lagi masa, mungkin pada malam ini, Masya Allah. Maha suci mu ya Allah tuhan semesta alam.
Sama-samalah kita menginsafi diri kita.
credit to: Sharil Ariff.
No comments:
Post a Comment