Sep 8, 2010

PERUTUSAN KEMAAFAN 1431H.


Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri, bloggers...

tampa kita sedari, sudah sebulan kita berpuasa di bulan ramadhan 1431H.
Alhamdulillah...
semoga dengan izin Allah dapatlah kita menyambut ramadhan pada tahun akan datang.
Insya- Allah...

Saya pula, sudah 19 tahun menyambut ramadhan dah aidilfitri. hihi~ tak sangke pule.
terlalu banyak kenangan- kenangan yang tidak harus dilupakan terkumpul di kotak hati dan minda.

dikesempatan ini, saya ingin membuat Perutusan Kemaafan Aidilfitri 1431H.

.............................................................................................................................................................

:: PERUTUSAN KEMAAFAN AIDILFITRI 1431H
::
ikhlas: Nur Shah

Jutaan ampun dan maaf kepada mama dan abah atas kekasaran bahasa dan tingkah laku. Anakmu ini sedar, selama anakmu ini hidup ditanggung olehmu terlalu banyak kata- kata dan tingkah laku yang mendukacitakan hatimu, mama abah. Anakmu kadang kala gagal dalam mengotakan impian mu. Terima kasih mama kerana telah melahirkan ku. Terima kasih abah atas kasih sayangmu. Selama 19 tahun anakmu ini bernafas di bumi Allah ini, Alhamdulillah... anakmu ini rasa selamat dan bahagia di dalam pelukanmu, mama abah. Semoga mama dan abah sentiasa di payungi oleh rahmat Allah.
buat Along tersayang, terima kasih kerana melayan adikmu dengan penuh kasih sayang.
Maaf atas segala ketelanjuran kata- kata dan perbuatan.
buat Angah disana... adikmu sentiasa mendoakanmu...
saya sayang sayang sayang kalian !

kepada Wan Ahmad Zattulbahti, terima kasih kerana sudi menerima diriku seadanya. Maaf atas segala salah silap dan gurauan yang keterlampauan. sesungguhnya, perjalanan hidup kita masih jauh, dan semoga sejauh manapun perjalanan hidup kita, kita akan lalui bersama. Insya- Allah...

kepada guru tadika, guru mengaji, guru sek rendah, sek menengah, tusyen dan pensyarahku...
terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar diberikan. Mohon halal segala ilmu yang dicurahkan kalian. saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan sama ada sengaja mahupun tidak.

kepada rakan sekelas, komander dan sahabat- sahabatku...
Mohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran kata dan tingkah laku. Mohon halal kan ilmu- ilmu yang kita kongsi bersama, juga makan minum selama kita bersahabat.

Buat roomate ku... Faten Aliea, Farahana dan Siti Nabiha.
Sepuluh jari kumohon ampun dan maaf selama hampir setahun kita duduk dalam satu bilik. Mungkin ada gurauan yang terasa disudut hati kalian. Mohon halal makan minum yang kita kongsi bersama. Terima Kasih menjadi roomate yang baik buat diri ini.

untuk O.L.K.A ----> Nabilah Huda, Nabilah dan Jufa Eriana
saya rindu rindu rindu kalian, nak beraya rumah kamu semua !

untuk Falah Osman
jangan sedih lagi ya... sahabatmu ini sentiasa ada untukmu.
Selamat Hari Raya... saya rindu pelukanmu, Falah !

untuk Nurul Ain Syafiqah, Hazwani, Nur Idayu, Hairul Ridzuan, Shahrulfitri dan Ghazree
terima kasih kerana sabar melayan perangai saya. terima kasih kerana selalu ada bila saya perlukan kalian, terima kasih !! Maaf atas salah silap yer (:

okey...
Semoga Aidilfitri ini memberi seribu satu perubahan dalam diri kita agar menjadi insan yang tahu bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya. Insya- Allah


No comments:

Post a Comment