May 18, 2011

Capek yang mengecewakan

Assalamualaikum...

hai hai mulakan hari anda dengan senyuman (: "senyum, tampa kata apa apa" teheee~

malam semalam, sure korang tau kan kat TV 2 pukul 9 ada cerita apa. Si Capek laa ape lagi... seingat aku cerita tu dah bersiaran sejak tahun 2009 lagi. kalau tak silap lah... Aku tak mengikuti sangat cerita ni, tapi OK OK lar, kalau balik rumah cuti sem aku tengok laa..

bagi aku cerita ni banyak moral value dia, ditambah pula cerita ni mengikuti senario kehidupan seharian dan dekat dengan masyarakat. oleh kerana aku dah mengikuti cerita ni walaupun tak selalu, tapi aku dah dapat pick up watak watak dalam cerita ni. selain tu perkembangan watak dalam cerita ni pun banyak berubah dari awal episod hinggalah sekarang.

yang paling aku tak sangka watak Si Capek lah.
dulu watak dia baik, penyayang, hormat menghormati. senang cerita yang baik tu Si Capek lah.
tapi watak dia sekarang ni........... ^&^%^*& what the~~~

malam semalam punya episod lagi lahh... berlagak dia mak aihh macam nak kasi penampor jer.
kalau dia kat depan aku kan (ni kalau aku ada watak dalam ceritu tu lah kan) aku nak cakap:
Pek, kau ni tak sedar diri la weih, dah la capek, tak kenang budi. kalau kau tak kawin dengan Sherin tu kan, takde nyee kau jadi CEO syarikat bapak mentua kau lah. dengan atok kau nak sindir sindir antara darjat, kau sape dulu weihh... ingat la Tuhan pek oi, kang mati tak sempat bertaubat baru kau tau. adehhh... sabo je la dapat member macam kau.
HAHA tapi serius la wei, aku memang sakit hati tengok gaya Si Capek tu malam semalam. nasib baik la cerita kalau tak..... dush! dush! amek kau pek !!

korang korang dapat tak ??
kalau kita dah ada kat atas, jangan la kita menyombong diri, lupa asal usul. bila kita dah kat atas, kita kena la bantu orang yang kat bawah. biasa kan dengar hidup macam roda. kadang kadang hari ni hidup kita senang, tak mustahil esok kita akan dapat kesusahan. Beringat ingatlah yer *peace



2 comments: