May 17, 2011

education

Assalamualaikum...

hai hai dah 20 hari duduk rumah. dah licin berkilat rumah aku kemas =.=*

actually, AKU NAK LUAHKAN SESUATU, DAN 1 JAM IA TAK TERLUAH JUGA.
okey fine. just forget apa yang aku nak luahkan. semenjak menjak ni aku dah terlebih bermonolog sampaikan nak buat karangan pun dah gagal.

ohoo oleh kerana sekarang ni tengah musim Konvokesyen. Let's we talk about education.
alaaaa macam pentingnya english education~~

setelah 12 tahun belajar di zaman persekolahan, tak tahu eja nama sendiri dah pandai eja dah. sampaikan belajar maths dengan abah kena rotan. sakit oke. bila aku kemas almari rupa rupanya banyak juga pingat, piala yang aku dah dapat. salah satunya tak sangka waktu tadika aku johan tulisan jawi tercantik. haha mama pun tak percaya. pernah kena rotan dengan cikgu. pernah kena marah dengan cikgu. buat mama menangis pun pernah sebab keputusan periksa teruk tahap bawah tanah. tapi tu semua kenangan, yang pahit aku dah tempuh bila sekarang ia jadi kenangan yang indah kan kawan.

sekarang dah kat university. dulu orang kata bila dah masuk U dah senang dah. tapi bila aku masuk tak lah senang mana. kena la pandai pandai bawak diri. bersyukur jugak la dapat uitm segamat, dekat dengan rumah, dapat jimat duit (walaupun takla jimat sangat tapi nak dibandingkan dengan kat shah alam ker dua kali ganda kos aku). kat U simple. anda mahu ?? anda ambil, anda tak mahu, anda tinggalkan. tak de siapa nak marah tapi for sure kena sedar diri. kau nak kat bawah atau kat tengah atau kat atas. sekarang ni pun dah berlambak graduan, aku pun risau bila difikirkan, sekarang ni banyak benda nak dikejarkan. nak cari kerja pun susah, nak beli rumah harga dah berjuta juta, nak bayar duit ptptn lagi ?? mana mau korekk ?? Last last orang kerja bukannya nak kumpul aset tapi bayar hutang. HAHA

buat masa sekarang mari lah kita kejarkan ayat ayat education, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China la katakan. tak kira umur, tak kira tempat ilmu tu boleh dapat di mana mana.

btw, congratulation sis for your master.






No comments:

Post a Comment