Jul 25, 2012

5 Ramadhan

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik sudah 5 hari kita di bulan ramadhan. alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bersama sama berpuasa pada ramadhan tahun ini. tahun hadapan kita tak tentu lagi kan. semoga Allah memanjangkan usia kita dalam keadaan beriman. Amin... Bercakap mengenai ramadhan akan datang, masih berpeluang kah kita. saya teringat pada ramadhan tahun lalu... seorang sahabat karib saya kembali kerahmatullah. sungguh bagaikan tidak percaya, Allah sudah menjemputnya pada usia 20tahun. Pasti kita tidak menyangka bahawa ramadhan tahun hadapan beliau tidak temui.Tapi itu bagi insan yang masih hidup, bagaimana pula bagi insan yang telah tiada. Jadi, apa yang kita lalui pada hari ini... nikmatilah. Berbuatlah amal kebajikan sehabis baik kerna kita tidak tahu masih bernyawa kah kita pada esok hari. Tidak lupa juga buat arwah nenek saya, masih terbayang- bayang dimata menyuapkan makan tengaharinya walaupun saya berpuasa kerana nenek sudah uzur namun pada ramadhan kali ini ianya hanya tinggal kenangan.Sungguh... kita tidak tahu pada detik apa Allah akan menjemput kita.

Jadi,dikesempatan yang ada, pada bulan ramadhan ni kita perbanyakkan lah membuat amal soleh.Selagi hayat dikandung badan. sungguh besar ganjaran yang Allah berikan. Pernah tak kita sedar, setiap amalan yang disuruh Allah pasti Allah memberitahu kepada kita apa ganjarannya.Bukan kah dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah itu menyuntik lebih banyak kekuatan dan semangat kita untuk menunaikan amalan tersebut. Contohnya sesiapa yang menunaikan solat tarawih pada malam ini Allah janjikan pahala yang seperti kita menunaikan solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Al- Aqsa. Maha suci Allah... tidak mahukah kita berebut untuk seakan- akan bersolat di rumah Allah itu? Semoga Allah sentiasa membukakan hati kita untuk sentiasa menerima hidayahNya.

                                      Al- Fatihah;
                                                    SITI BINTI TAIB
                                                    FARAH NABILA BINTI SAZALI

 semoga diri kita sentiasa diberi hidayah & petunjuk olehNya




No comments:

Post a Comment