Assalamualaikum...
Salam ramadhan. Semoga kita ceria- ceria selalu :)
Kira- kira sekarang ni pusat membeli belah tengah rancak buat sale. oh sale !! i can't meet u. dangerous !!
Sempena nak nak musim raya ni... kita budak budak yang bakal dapat duit raya moh la kita menabung. Jangan gunakan duit raya yang kita dapat tu dengan membeli benda- benda yang tidak berfaedah. kan kan...
Cuba bayang kan......
kalau kita menabung paling sikit pun sehari 50 sen, dalam setahun RM 182.50. itu kalau sehari 50 sen. tak campur kalau kita balik kampung dapat "duit jajan" dari atuk dan nenek. kannnnn..... tak campur duit raya lagi.
Hakikatnya memang susah nak menabung secara konsisten setiap hari. namun, pelan- pelan ia akan jadi tabiat kita juga. Adalah lebih baik jika kepentingan amalan menabung ni kita sedari dari awal lagi. Jadi... ibu bapa yang bersama kita dari kecik- kecil comel kita dulu mengamalkan dan menabung dari awal. Belikan tabung yang comel comel lote untuk anak anak agar mereka tertarik dan beria ria untuk menabung.
Kita kena ingat, semakin lambat seseorang itu untuk memulakan tabungannya maka semakin banyak lah kuantiti untuk sekali tabungan. Kalau zaman sekolah boleh lah nak menabung sehari seringgit tapi kalau dah kerja kena la lebih banyak. Usia semakin meningkat. Kita kena menabung untuk masa tua. hukhuk...
Adusss... kalau fikir pasal duit memang pening kepalo. Tapi kalau kita berbelanja secara berkhimah dan tidak mengikut kehendak ketika membeli barang mungkin dapat mengurangkan masalah kewangan di masa hadapan.
Dulu pun saya ada tabung. Macam macam rekabentuk tabung abah belikan. Siap kalau masukkan duit keluar bunyi lagi. hehe tapi sayang... dulu kecik kecik saya suka belanja kawan makan, korek duit tabung lah. HAHA
Semoga diri saya dan diri kalian dapat menabung untuk masa hadapan. Bukannya apa, tak baik kita ni meminta minta di hari kelak.
No comments:
Post a Comment