Jul 28, 2012

ASLI/ TIRUAN : pilihan anda ??

Assalamualaikum...

Salam 8 Ramadhan. Alhamdulillah...

Dalam post malam ini saya ingin berkongsi cara untuk mengenal pasti barang tiruan. Lebih- lebih lagi semenjak menjak ni saya dapati banyak penjualan barang- barang berjenama yang dijual secara online. Bagi sesetengah orang yang tiada pengalaman atau main membeli kerana harga nya yang super murah terpedaya lalu zaap membelinya. Mungkin anda pernah menjadi mangsa penipuan barang- barang tiruan. hehehe yelah mana tau nak raya ni beria- ria mahu membeli handbag atau purse yang berjenama untuk digayakan. hihi 

Yaa memang tidak dapat dinafikan. Barang berjenama seperti Louis Vuitton. Prada. Gucci. Salvatore Ferragamo. Chanel. Hermes. Coach terdiri daripada banyak gred. Di China kita boleh mendapat gred yang rendah dari gred yang benar- benar tulin dengan separuh harga dari yang asal ditambah pula dengan qualiti yang 99% sama dengan yang asli. Ya ! ditakuti anda anda yang membeli secara online membeli pula dengan harga yang tinggi padahal qualiti yang rendah rendah rendah dibandingkan dengan harganya. Malangnya insan- insan yang membeli secara ORI berasa rendah diri kerana dengan pandang pertama orang melihat tas tangan yang digayakannya sama seperti  yang dijual di pasar malam. hehehe

Jadi, mari kita tambahkan sedikit ilmu agar tidak tersilap membeli dimasa akan datang :

1. Pergi ke butik rasmi
Ini adalah perkara pertama yang paling obvious kita kena lakukan untuk membeli beg yang asli. Ada sesetengah butik Louis Vuitton,  yang mengehadkan pembelian beg untuk mengelakkan penjualan balik beg tu. Dan segala informasi mengenai barang berjenama boleh didapati di butik rasmi yang kita kunjungi. Sangat mudah dan tak perlu ragu-ragu lagi. kaan kan

2. Periksa harga barang
Benda kedua adalah sentiasa periksa harga terkini barang berjenama yang kita ingin beli. Jika harga yang ditawarkan itu terlalu murah ( Jika kita tidak beli di butik rasmi), mungkin ada sesuatu yang tak kena. Mungkin juga itu beg atau barang seludup, siapa tahu?. Contohnya jika di Petaling Street...................

3. Periksa kualiti beg
Ini mungkin agak sukar bagi mereka yang kurang arif mengenai beg. Akan tetapi logo, warna asas, jahitan atau kemasan beg pun boleh membezakan sama ada beg itu original atau replika. 


4. Dust bag
Kebanyakkan barang berjenama akan disertakan dengan dustbag. Adakah kamu tahu warna dustbag barang berjenama original dan palsu adalah berbeza? Saya pernah terkena. Jadi saya tahu juga sedikit.
*opp kantoi. hehe

5. Nombor siri
Ada juga barang berjenama yang mempunyai nombor siri khas. Maka harus bertanya pada tuan empunya kedai atau butik rasmi mengenai nombor siri setiap barang berjenama yang kamu beli.






adakah ini yang asli. anda nilai lah sendiri :)

tapi..... tengok dulu poket kita. mampukah untuk membeli. Tidak perlu terikut ikut dengan orang. Eh dia ada tuu la, aku pun nak tu jugak. wuhui payah la jika begitu T.T

Berbelanjalah ikut keperluan bukan ikut kehendak. tapi kalau orang bagi.... TERIMA KASIH LAH :D



 

1 comment:

  1. "apa sebenarnya tujuan merek itu? Apa tujuannya adanya surat-surat keaslian itu? Itu adalah kebenaran formal untuk menunjukan pada kita pada adanya kebenaran materil."
    REF: http://manifestosenja.com/2013/12/mmp-canadian-comrade-tentang-orisinil-dan-tiruan/

    ReplyDelete